FAQs

  • Pelajar tidak dibenarkan keluar / masuk ke dalam kawasan Inasis selepas jam 12.00 tengah malam.
  • Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan Inasis wanita.
  • Tidak dibenarkan memasak di dalam bilik di Inasis.
  • Tidak dibenarkan menggunakan peralatan elektrik seperti heater di dalam bilik.
  • Pelajar lelaki dan wanita tidak dibenarkan berdua-duaan di tempat-tempat sunyi dan mencurigakan di dalam kampus.
  • Pastikan pintu bilik atau apartmen sentiasa tertutup dan dikunci sepanjang masa. Sama seperti di rumah, jangan dibiarkan sesiapa atau apa saja senang masuk.
  • Jangan keluar malam bersendirian terutamanya untuk pelajar perempuan. Seelok-eloknya minta kawan temankan walau mahu ke kafe atau ke lobi sekali pun atau minta mereka perhatikan dari bilik.
  • Beritahu kawan ke mana kita pergi. Tidak perlulah beritahu semua butiran namun sekurang-kurangnya teman atau seseorang tahu anda ke mana untuk tujuan keselamatan.
  • Jika memandu kereta, pastikan anda kunci semua pintu kereta supaya orang lain tidak sewenang-wenang membuka pintu kereta untuk tujuan tertentu.
  • Jangan ulangkaji di tempat yang tidak dilalui pelajar lain atau tempat terlalu sunyi. Pastikan anda dapat dilihat oleh mereka yang boleh dipercayai.
  • Jika menunggu bas atau teksi untuk ke kelas, jangan tunggu di tepi jalan dan pastikan menunggu di kawasan perhentian bas untuk mengelak daripada kenderaan yang lalu ­lalang.
  • Jangan sewenang-wenangnya mengikut individu tidak dikenali yang mempelawa menghantar kita ke destinasi tujuan walaupun ia kedengaran memudahkan kita.
  • Berwaspada apabila terpaksa berjalan bersendirian. Pastikan sering melihat ke belakang atau sekeliling jika tempat terpaksa dilalui itu sunyi dan sentiasa dalam keadaan berwaspada.
  • Jangan membawa wang terlalu banyak dan aset yang mahal ke kampus. Jika terpaksa, jangan menghebohkannya dan perlu lebih berhati-hati.
  • Ambil tahu dan simpan nombor telefon Pusat Kawalan Jabatan Keselamatan 04 - 928 3333 @ 04 - 928 2416, warden dan exco keselamatan di kolej kediaman dan fakulti. Mungkin anda perlu menghubungi mereka sewaktu kecemasan atau melihat orang lain mengalami situasi kecemasan.
  • Tidak dibenarkan membawa orang luar masuk/tinggal di dalam bilik kolej tanpa kebenaran.
  • Kebenaran memasuki Inasis hanya diberi kepada kakitangan, pelajar dan pelawat-pelawat yang sah sahaja.
  • Bilik hendaklah sentiasa dikunci sebelum keluar bilik dan semasa tidur.
  • Tingkap bilik hendaklah ditutup sebelum keluar.
  • Suis kipas, lampu dan plugpoint hendaklah dimatikan sebelum keluar daripada bilik.