All News

BENGKEL SIASATAN DAN PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN (IP)

Sintok, 6 Februari 2024 :
 
Bengkel Siasatan dan Penyediaan Kertas Siasatan (IP) telah diadakan bertempat di Makmal Komputer, Pusat Islam. Dihadiri oleh 30 peserta termasuk pegawai dan anggota lain-lain pangkat.
 
Bengkel ini telah disempurnakan oleh YDH. Supt. Hilmi bin Ahmad, Pengarah Jabatan Keselamatan selaku penceramah. Pelbagai input telah diberikan bermula dari penerimaan laporan, teknik siasatan, maklumat-maklumat penting yang perlu ada seterusnya penyediaan kertas siasatan (IP) yang lengkap.
 
Bengkel ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu teori dan amali di mana peserta bengkel telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan seterusnya perlu membuat siasatan dan menyediakan kertas siasatan berdasarkan kepada senario yang telah diberikan.
 
Bermula pada jam 0830H dan tamat pada jam 1400H. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan semoga beroleh ilmu yang bermanfaat.