All News

MAJLIS APRESIASI PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN UUM KE-36 JABATAN KESELAMATAN TAHUN 2023

jpg

5 Disember 2023, Selasa : Majlis Apresiasi Petugas Majlis Konvokesyen UUM Ke-36 Jabatan Keselamatan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Wisma Leftenan Adnan Saidi, PALAPES UUM.
 
Majlis ini dianjurkan bagi meraikan petugas-petugas dari kalangan anggota Jabatan Keselamatan yang telah bertungkus-lumus bertugas mengawal lalulintas dan keselamatan urusetia, graduan, waris dan tetamu yang hadir sepanjang Majlis Konvokesyen UUM Ke-36.
 
Turut diraikan pada majlis ini ialah seramai 3 orang pesara yang baru menamatkan perkhidmatan iaitu En. Majid bin Hashim, En. Muhamad Shukri bin Abdul Samad dan Puan Fatimah binti Said.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.