All News

6 ANGGOTA JABATAN KESELAMATAN TERIMA SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA NAIB CANSELOR.

6 ANGGOTA TERIMA SIJIL PENGHARGAANSintok : Seramai 6 anggota Jabatan Keselamatan menerima Sijil Penghargaan daripada Naib Canselor di atas tindakan pantas membantu pelajar antarabangsa (Indonesia) yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya berhampiran Hotel EDC pada 4 November 2023.
 
Anggota terlibat ialah :
Mohd Azuwan bin Yusof
Cik Aziron bin Ibrahim
Faizul bin Hassan
Muhammad Asyraf bin Ibrahim
Muhammad Hafsham bin Ramli
Mohamad Tarmizi bin Othman.
 
Tindakan pantas, berani dan cekap ini telah berjaya membantu mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian tersebut. Seramai 5 mangsa terlibat dan masih menerima rawatan di hospital. Semoga kelima-lima pelajar ini diberikan kesembuhan, kembali sihat dan dapat menyambung pengajian seperti biasa.
 
Sijil penghargaan ini disampaikan oleh Yg. Berusaha Prof. Dr. Mohd Fo'ad bin Sakdan, Naib Canselor di Bilik Mesyuarat Naib Cansleor. Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dr. Ahmad Martadha bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Supt. Hilmi bin Ahmad, Pengarah Jabatan Keselamatan.
 
Tahniah diucapkan dan kekalkan prestasi dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.