All News

LAWATAN AUDIT SIRIM - AUDIT PEMANTAUAN SIRIM QAS MS ISO 9001:2015

AUDIT SIRIM 1
Jabatan Keselamatan sekali lagi menerima Lawatan Audit SIRIM yang di wakili oleh juruaudit iaitu Lt. Kol. (B) Abdul Lataf bin Daud bersama 3 orang wakil juruaudit audit dalaman universiti.
 
Audit ini meliputi keseluruhan proses kerja yang melibatkan Jabatan Keselamatan dalam memberi perkhidmatan kepada warga kampus dan pelawat universiti.
 
Supt. Hilmi bin Ahmad, Pengarah Jabatan Keselamatan dalam ucapan aluan mengalu-alukan kedatangan Lt. Kol (B) Abdul Lataf dan bersedia menerima teguran-teguran yang dapat membantu Jabatan Keselamatan meningkatkan kualiti dan penyampaian perkhidmatan.
 
Audit berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 1710H.