All News

KESELAMATAN ONLINE : JABATAN KESELAMATAN BERKONGSI ILMU MENGENAI KESELAMATAN DI PEJABAT

360123827 725164272746442 724615648716462726 n
Bagi meningkatkan kefahaman dan kepentingan keselamatan di pejabat, Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah mengadakan sesi perkongsian berkaitan isu keselamatan yang telah disampaikan oleh Inspektor (PB) Ahmad Tariq Zulkifli di Bilik Eureka, CUIC, baru-baru ini.
 
Majlis yang diadakan secara santai dihadiri oleh staf-staf CUIC bagi berkongsi ilmu berkaitan keselamatan diri, harta-benda seperti kecurian, proses dan kaedah siasatan serta cara-cara mengatasinya.
 
Tuan Ahmad Tariq turut berkongsi ilmu berkaitan akta-akta dan peraturan yang sedang berkuatkuasa seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Arahan Keselamatan dan Panduan Perkhidmatan Staf yang perlu dipatuhi oleh semua staf universiti bagi meningkatkan tahap keselamatan di pejabat dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan atau kematian.