All News

AUDIT KUALITI DALAMAN MS ISO 9001:2015

AUDIT
Sintok, 10 Julai 2023 : Bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan, telah diadakan sesi Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 bagi menilai tahap kompetensi Jabatan Keselamatan UUM.
 
Sesi ini telah dikendalikan oleh juruaudit yang telah dilantik melibatkan seramai 6 orang juruaudit diketuai oleh En. Khairul Munawwar bin Ismail. Beberapa proses kerja yang melibatkan Jabatan Keselamatan telah selesai di audit.
 
Proses audit bermula seawal jam 9.00 pagi dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pengarah Keselamatan diikuti dengan semakan dokumen-dokumen yang berkaitan serta sesi temuramah bersama pegawai dan anggota yang terlibat. Proses audit selesai pada jam 4.30 petang.
 
Pengarah Keselamatan turut mengucapkan terima kasih kepada semua juruaudit yang terlibat.