All News

KESELAMATAN ONLINE : OPERASI BERSEPADU - OP PEMATUHAN DI INASIS YAYASAN AL-BUKHARI (YAB) DAN BANK MUAMALAT.

OPERASI

Sintok, 21.06.2023 : Operasi Bersepadu - Op Pematuhan di Inasis YAB dan Bank Muamalat.
 
Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Pengetua Inasis YAB dan Bank Muamalat bersama Jabatan Keselamatan bagi memastikan pelajar-pelajar yang menginap mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
Jabatan Keselamatan diketuai oleh Timbalan Pengarah iaitu Tuan Mohd Hanief Omar bin Zulkifli bersama Ketua Cawangan Operasi iaitu Ins/PB Ahmad Tariq bin Zulkifli, 1 Penolong Pegawai Keselamatan dan 6 anggota lain-lain pangkat bersama-sama menjayakan operasi pada kali ini.
 
Operasi ini dilakukan bagi memeriksa kepatuhan pelajar terhadap penggunaan peralatan-peralatan elektrik yang tidak dibenarkan, pemilikan bahan-bahan terlarang, tip dan panduan keselamatan di inasis (dalam dan luar bilik) serta hebahan mengenai Pusat Kawalan Jabatan Keselamatan yang beroperasi 24 jam untuk memberi bantuan kepada warga kampus yang memerlukan.
 
Operasi yang bermula pada jam 2100H sehingga jam 2330H telah mengenal pasti beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dan beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan pematuhan pelajar-pelajar terhadap peraturan yang sedang berkuatkuasa di inasis.
 
-Tamat-