All News

ARKIB KESELAMATAN

ARKIB 2

PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN POLIS BANTUAN (SEKSYEN 47 (2) AKTA POLIS 1967)
 
Sintok, 17 April 2023 : Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Polis Bantuan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan.
 
Seramai 9 orang anggota menerima sijil pelantikan yang disempurnakan oleh Supt. Hilmi bin Ahmad, Pengarah Jabatan Keselamatan. Anggota yang terlibat telah berjaya menamatkan Kursus Asas Polis Bantuan yang berlangsung selama 2 bulan mulai 16 Jun 2022 hingga 18 Ogos 2022 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, Johor.
 
Supt. Hilmi dalam ucapan ringkas mengingatkan anggota yang terlibat supaya komited dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Polis 1967 di samping menjaga nama baik universiti khasnya dan PDRM amnya.
 
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Ydh. Pengarah.
 
Tamat.