All News

ARKIB KESELAMATAN

ARKIB
PROGRAM KERJASAMA BERSAMA SUKSIS UUM & NGO PRIHATIN: CSR BUBUR LAMBUK SEMARAK KASIH RAMADHAN
 
Jitra, 8 April 2023: ‘Semarak Kasih Ramadhan.’ Atas inisiatif tersebut, Jabatan Keselamatan telah bekerjasama dengan Kor SUKSIS UUM, dan NGO Prihatin telah menganjurkan Program “Bubur Lambuk: Semarak Kasih Ramadhan” bersama-sama warga Madrasah Mustafawiyah, Jalan Istana, Tanjung Kapur, Jitra, Kedah.
 
Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada 9.30 malam dimulakan dengan ucapan perasmian, persembahan alunan ghasidah oleh pelajar madrasah, dan diakhiri dengan agihan bubur lambuk di sekitar kawasan Jitra, Kedah.
 
Satu taklimat berkaitan keselamatan kebakaran telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Keselamatan, Tuan Mazlan bin Ismail bagi memberikan pendedahan dan berkongsi ilmu tentang cara pengendalian peralatan pemadaman dan pencegahan kebakaran di dalam bangunan.
 
Sebanyak 600 bekas bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada warga setempat yang tinggal di sekitar kawasan Jitra, Kedah termasuk kepada staf di Hospital Jitra, PDRM Ibu Pejabat Daerah Kubang Pasu, dan Balai BOMBA.
 
Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan daripada semua pihak yang terlibat. Semoga aktiviti kemasyarakatan ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.