All News

PANGGILAN BARIS

PANGGILAN BARISSalah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan setiap kali sebelum memulakan dan mengambil alih tugas ialah panggilan baris. Ianya bertujuan bagi memeriksa kehadiran anggota dan menentukan lokasi penugasan anggota.
 
Selain daripada itu, anggota juga akan diberikan taklimat berkaitan maklumat-maklumat semasa, arahan-arahan terkini dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang waktu penugasan. Maklumat yang disampaikan ini penting supaya anggota bertugas sentiasa peka dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar keselamatan warga kampus serta aset universiti berada di dalam keadaan baik dan selamat.
 
Selesai taklimat, anggota akan bergerak ke lokasi penugasan untuk mengambil alih tugas daripada anggota telah tamat penugasan.
 
Taklimat ini disampaikan oleh Insp/PB Ahmad Tariq bin Zulkifli, Ketua Cawangan Operasi, Jabatan Keselamatan UUM.
 
Tamat.
 
#KeselamatanTanggungjawabBersama