All News

GOTONG ROYONG

350969014 646214483570203 478162358035515462 n
 
1 Jun 2023/Khamis - Bertempat di Pos Pengawal, Inasis Bank Rakyat dan SME Bank, Bukit Kachi telah diadakan aktiviti gotong-royong iaitu pembersihan dan mengecat bangunan pos yang melibatkan anggota dari Unit Delta.
 
Fokus utama aktiviti ini ialah :
 
i) Mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif dan bersih.
ii) Memberi imej yang baik kepada universiti dan jabatan.
iii) Menjadikan suasana persekitaran tempat kerja yang menarik.
iv) Aktiviti untuk mengeratkan kerjasama dan disiplin di antara anggota Jabatan Keselamatan.
 
Aktiviti ini dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Aktiviti yang bermanfaat ini akan diteruskan dari masa ke semasa yang melibatkan semua unit di Jabatan Keselamatan.
 
Tamat.