All News

PERLAWANAN PERSAHABATAN KESL FC VC ICQS FC

BOLA 3
 
31 Mei 2023/Rabu - Satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara Jabatan Keselamatan dan ICQS COPS telah diadakan di Padang A, Pusat Sukan.
 
Perlawanan ini berlangsung dengan sengit di mana kedua-kedua pasukan saling mengatur permainan dan serangan. Dalam aksi ini, pasukan ICQS COPS mendapat peluang awal untuk membuka jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti. Walaubagaimanapun peluang tersebut dinafikan oleh kecekapan penjaga gol yang berjaya menyelamatkan sepakan yang diambil. Keputusan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
 
Bermula separuh masa kedua, kedua-kedua pasukan terus memperagakan aksi terbaik. Hasilnya, Jabatan Keselamatan berjaya membuka jaringan pertama apabila bijak mengambil peluang yang terhidang di hadapan gol. Namun begitu, ICQS COPS berjaya menyamakan kedudukan di lewat permainan untuk kedua-kedua pasukan berkongsi jaringan.
 
YDH Supt. Hilmi bin Ahmad, Pengarah Jabatan Keselamatan turut sama beraksi dan memperagakan bakat terpendam di dalam perlawanan ini.
Melalui perlawanan ini, kedua-kedua pasukan dapat mengeratkan kerjasama sama ada semasa bertugas atau di luar waktu bertugas.
 
Tamat.