All News

ZIARAH KASIH PENGARAH KESELAMATAN

LAWATAN
24 Mei 2023/Rabu - Supt. Hilmi bin Ahmad, Pengarah Jabatan Keselamatan telah mengadakan ziarah kasih kepada pesara, anggota dan anak kepada anggota keselamatan yang sedang diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.
 
Ziarah kasih dimulai dengan mengunjungi pesara Jabatan Keselamatan iaitu En. Zulkifli bin Mustafa yang sedang diuji dengan sakit gout yang kronik dan tidak dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini. Beliau kini sedang mendapatkan rawatan secara berkala di Hospital Jitra.
 
Ziarah kasih diteruskan lagi dengan mengunjungi En. Zulkarnain bin Hashim yang sedang menjalani rawatan penyakit jantung di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan dalam proses pemulihan.
 
Seterusnya ziarah kasih anak kepada En. Zulhilmi bin Zaizan yang mengalami keracunan makanan dan baru dibenarkan keluar dari hospital.
 
Ziarah kasih ini menandakan keprihatinan Pengarah Keselamatan dan Jabatan Keselamatan amnya terhadap pesara dan anggota keselamatan yang sedang diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.
 
Didoakan semoga semuanya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan serta dapat kembali menjalani kehidupan seperti sediakala, insya-Allah.