All News

MAJLIS SILATURAHIM AIDILFITRI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 1444H/2023M

RAYA UUM

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Jabatan Keselamatan telah diamanahkan untuk menyediakan juadah lemang dan ketupat sebagai hidangan utama kepada tetamu yang hadir.
Sebanyak 300 batang lemang dan 30kg ketupat telah disediakan pada kali ini dan menjadi tumpuan tetamu yang hadir untuk dimakan bersama-sama dengan rendang rusa.
Selain dari itu, Jabatan Keselamatan juga telah dinobatkan sebagai salah sebuah gerai terbaik pada kali ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Naib Canselor Prof. Dr. Mohd Fo'ad Sakdan yang sudi melawat semua gerai-gerai yang telah disediakan.
Terima kasih di atas kerjasama semua anggota Jabatan Keselamatan yang bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan majlis pada tahun ini.