All News

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN

BOLA 1
 
JABATAN KESELAMATAN VS NICHIAS
 
14 Mei 2023 / 1730H - Satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara Jabatan Keselamatan dengan Nichias telah diadakan di Padang A, Pusat Sukan UUM.
Perlawanan berlangsung dengan rancak membabitkan kedua-dua pasukan yang saling mengatur serangan. Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan berkongsi jumlah jaringan yang sama iaitu 3 - 3.
 
Perlawanan ini menepati objektif iaitu untuk membina kerjasama, mengekalkan kecergasan dan membentuk disiplin di kalangan anggota Jabatan Keselamatan.
 
Selain itu, ianya dapat membentuk jaringan kerjasama di antara Jabatan Keselamatan dan komuniti luar.