All News

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN PENYERAHAN SURAT PENGHARGAAN JABATAN KESELAMATAN 2023

SAMBUTAN
Tanggal 20 Syawal 1444H bersamaan 11 Mei 2023, Jabatan Keselamatan telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri dan Penyerahan Surat Penghargaan 2023 kepada staf yang telah berjaya membuat tangkapan bekas pelajar UUM warganegara Uzbekistan yang dipercayai terlibat dengan beberapa kecurian yang berlaku di dalam kampus seterusnya dapat menyelesaikan kes-kes tersebut.
 
Sebanyak 7 gerai mewakili setiap unit di Jabatan Keselamatan dan Kelab Kebajikan Keselamatan (KEJAKES) terlibat dalam penyediaan menu hidangan yang berbeza dan menarik memeriahkan lagi majlis di samping hidangan utama nasi beriani, kambing bakar, ketupat dan lemang. Turut diadakan pertandingan gerai terbaik yang dimenangi oleh Unit Bravo.
 
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Prof. Dr. Ahmad Martadha bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Ybrs. Prof. Madya Dr. Zainal Amin bin Ayub, Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, En. Mohamad Fadzil bin Samiran, Pengarah Canselori, Supt. Hilmi bin Ahmad, Pengarah Keselamatan, Pesara-pesara Jabatan Keselamatan dan lain-lain jemputan.
 
Selain dari meraikan kemeriahan Aidilfitri, majlis ini juga untuk meraikan semua staf Jabatan Keselamatan yang berkorban masa dan tenaga melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dalam menjaga keselamatan warga kampus dan aset-aset universiti di saat insan lain bergembira meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
 
Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan yang dipersembahkan oleh staf-staf Jabatan Keselamatan secara 'live'. Pengarah Keselamatan juga tidak ketinggalan menghiburkan tetamu yang hadir.
 
Tamat.