All News

Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 2/2022

Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 2/2022

SINTOK ONLINE : 07 September 2022 (Rabu) – Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 2/2022 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, Johor.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDH SAC Azhan bin Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM, Bukit Aman.

Turut hadir adalah YDH ACP Rosli bin Dahlan, Timbalan Pengarah JPJKK (Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Tuan Haji Mohd Razali bin Abd Aziz, Presiden MAPA, SUPT. Ali bin Omar, Komandan PULAPOL Segamat, Pegawai-pegawai Kanan Polis dan wakil dari agensi-agensi yang terlibat. Puan Norzilah binti Abd Aziz, Pengarah Jabatan Keselamatan mewakili UUM semasa majlis berlangsung.

Majlis dimulakan dengan Tabik Hormat dan pemeriksaan perbarisan oleh YDH SAC Azhan bin Abdul Halim diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Sang Saka Biru. Acara diteruskan lagi dengan perbarisan melakukan lintas hormat secara perlahan dan cepat jalan, penyampaian Sijil Tamat Latihan, anugerah Pelatih Terbaik Akademik, Pelatih Latihan Luar Terbaik dan Pelatih Terbaik Keseluruhan serta persembahan mempertahankan diri oleh semua pelatih yang terlibat.

Seramai 9 anggota dari Jabatan Keselamatan telah berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama 63 hari dengan jayanya iaitu En. Azman bin Azmi (KP19), En. Mohamad Zharif bin Khamis (KP11), En. Mohammad Faris Amirudin bin Kasim (KP11), En. Mohd Azrul bin Daud (KP11), En. Mohd Syafiq bin Shoberi (KP11), En. Mohammad Hafiz bin Mohamed Kadir (KP11), En. Muhammad Noor Hakimi bin Noor Hashim (KP11), Puan Hasniza binti Hussain (KP11) dan Cik Mazni binti Din (KP11).

YDH SAC Azhan bin Abdul Halim semasa ucapan mengingatkan semua pelatih yang telah berjaya menamatkan latihan supaya sentiasa menjaga disiplin, tidak melakukan sebarang salah laku dan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya kepada setiap tugasan yang telah diamanahkan di samping menjaga nama baik majikan khususnya dan PDRM amnya.

Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi dan semua pelatih bergerak pulang ke lokasi masing-masing pada jam 2.00 petang.

Tamat.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.