All News

Latihan Kawad Membentuk Disiplin Diri

Latihan Kawad Membentuk Disiplin Diri

Keselamatan Online: Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan sesi latihan kawad bagi setiap anggotanya dalam usaha jabatan ini untuk meningkatkan mutu disiplin dan kualiti diri terutamanya dalam kemahiran kawad kaki.

Sesi latihan kawad ini diadakan setiap bulan mengikut unit masing-masing yang mana tenaga pengajarnya terdiri dikalangan anggota keselamatan yang berpengalaman didalam pasukan tentera dan polis. Selain dapat meningkatkan disiplin yang tinggi. Latihan kawad kaki ini juga dapat meningkatkan kecergasan dan kesihatan anggota secara berterusan.