All News

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia Ke Pejabat Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kedah

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia Ke Pejabat Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kedah

KESELAMATAN ONLINE: Jabatan Keselamatan UUM telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti iaitu YDH SAC Alzafny Bin Ahmad Ketua JPJKK IPK Kedah pada 25 Januari 2022 semalam.

Kunjungan hormat ini diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan, Lt. Kol. Mohamad Ezanee Yazid, Ketua Cawangan Operasi & Trafik/CCTV, ASP/PB Mohd Hanief Omar Zulkifli,Ketua Cawangan Pentadbiran & Tugas Khas Insp/PB Nur Azimah Abdul Rahman dan Encik Azman Azmi.

Dalam pertemuan itu selama kira-kira dua jam, Insp/PB Nur Azimah telah memberikan taklimat mengenai status terkini Polis Bantuan UUM, kekuatan anggota yang sedia ada dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan Polis Bantuan seperti kenaikan pangkat, pengurusan kad kuasa dan sebagainya.

Lt. Kol. Mohamad Ezanee berkata, kunjungan itu juga adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara Jabatan Keselamatan UUM dengan JPJKK IPK Kedah.

“Banyak program-program yang boleh dijalankan bersama JPJKK IPK Kedah dalam meningkatkan mutu Polis Bantuan UUM seperti kursus, latihan menembak dan hal-hal pentadbiran bagi memantapkan lagi Polis Bantuan UUM.

“Kursus dan latihan menembak ini amat perlu untuk anggota Polis Bantuan UUM dan ia boleh dijadikan sebagai kursus dan latihan tahunan anggota,” katanya.

Jabatan Keselamatan UUM akan mengadakan pertemuan susulan selepas kunjungan itu untuk kerjasama selanjutnya.

Tamat.