All News

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM) Oleh Panglima Tentera Darat (PTD)

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM) Oleh Panglima Tentera Darat (PTD)

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2021 – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Askar Wataniah (AW) dan Pelancaran Portal AW telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (WP ATM).

Pengarah Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM), Lt Kol Mohamad Ezanee bin Yazid telah dinaikkan pangkat ke Lt Kol yang berkuatkuasa pada 23 Mac 2021 yang lalu yang memegang jawatan sebagai Timbalan Komandan PALAPES UUM telah diraikan dalam majlis ini.

Beliau yang juga merupakan Alumni PALAPES UUM menjadi Alumni PALAPES UUM dan Pegawai Tadbir Universiti yang pertama memegang jawatan sebagai Timbalan Komandan PALAPES UUM yang Ke Lima (5) di UUM. Beliau yang telah menjalani latihan sebagai pegawai kadet selama tiga (3) tahun di PALAPES UUM dan telah ditauliahkan sebagai Lt Muda pada tahun 1999 seterusnya bergerak aktif dalam askar wataniah di Rejimen 513 AW sehingga tahun 2018 serta bertukar pasukan ke PALAPES UUM pada tahun 2019.

Beliau yang telah berkhidmat selama 25 tahun dalam Askar Wataniah berasa amat bersyukur kepada Allah SWT di atas kenaikan pangkat ini dan akan melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas dan penuh berintergriti.

“Jutaan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung dan tidak langsung yang telah membimbing, memberi tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu ketenteraan kepada saya selama ini dan hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan semua. In shaa Allah, saya akan terus belajar dan menimba ilmu untuk dikongsi bersama terutamanya dengan pegawai-pegawai kadet PALAPES UUM.” Katanya lagi.

Dalam majlis tersebut juga, Panglima Tentera Darat diiringi Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Brig Jen Padman K.P Bhaskaran bagi menyempurnakan gimik Pelancaran Portal AW. Portal AW ini diwujudkan bagi mempromosikan AW kepada seluruh warganegara Malaysia untuk menyertai Askar Wataniah.

Seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai AW boleh melayari Portal AW di laman sesawang http://aw.army.mil.