All News

Sumbangan Kepada Staf Yang Ditimpa Musibah Covid-19

Sumbangan Kepada Staf Yang Ditimpa Musibah Covid-19

Sintok - Jabatan Keselamatan UUM telah mewujudkan Tabung Keselamatan Prihatin pada bulan Mac 2021 yang lalu bagi membantu warga dan pesara Jabatan Keselamatan meringankan beban staf dan pesara yang ditimpa musibah.. Tabung ini diwujudkan atas idea dan inisiatif Pengarah Jabatan Keselamatan iaitu Lt Kol Mohamad Ezanee bin Yazid bagi mengurangkan beban anggota keselamatan atas dasar menjaga kebajikan kepada warga dan pesara Jabatan  Keselamatan yang ditimpa musibah. Selain itu, inisiatif ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan dikalangan warga Jabatan Keselamatan dan pesara jabatan ini diatas jasa  bakti mereka kepada pihak Jabatan dan Universiti.

Sumbangan  bermula pada Mac 2021 yang lalu dan telah digunakan untuk membeli barang keperluan untuk diserahkan kepada balu-balu bekas pesara keselamatan pada bulan Ramadhan yang lalu. Selain itu, sumbangan wang ringgit juga diserahkan kepada tiga orang staf Keselamatan yang ditimpa musibah baru-baru ini. Sumbangan wang ringgit disampaikan oleh Pegawai Keselamatan yang merupakan Ketua Cawangan kepada anggota terlibat bagi mewakili Pengarah, Jabatan Keselamatan. Dalam masa sama, Lt Kol Mohamad Ezanee berharap kutipan derma ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau juga berharap agar semua staf Jabatan Keselamatan terus menyumbang dengan seikhlas hati bagi membantu lebih ramai lagi staf dan pesara Keselamatan yang ditimpa musibah.. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua staf yang telah memberi sumbangan seikhlas hati.