All News

Sumbangan Bakul Makanan Kepada Penduduk Setempat – Kampung Changkat Setoi

Sumbangan Bakul Makanan Kepada Penduduk Setempat – Kampung Changkat Setoi

Sintok : Pengarah Jabatan Keselamatan Lt Kol Mohamad Ezanee b. Yazid bersama dua Pegawai Keselamatan telah berkunjung ke Kg. Changkat Setoi untuk memberikan sumbangan bakul makanan kepada 10 keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Kunjungan tersebut dilakukan pada 10 Julai 2021 bermula pada 12.00 tengah hari dan berakhir pada 4.00 Petang. Program sumbangan bakul makanan ini dianjurkan secara kerjasama dengan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERPATI) UUM.

Sebanyak 10 keluarga telah menerima sumbangan bakul makanan tersebut yang meliputi barangan keperluan dapur dan sebagainya dengan pematuhan Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Sumbangan ini diberikan kepada mereka dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara. Malah, sebagai wadah khidmat sosial dan kemasyarakatan antara warga Universiti kepada masyarakat setempat.

Diakhir program, Pengarah menzahirkan program seumpama ini akan dapat diteruskan dengan pengisian yang lebih mantap di masa depan bagi membantu masyarakat setempat yang terjejas akibat sekatan pergerakan sepanjang tempoh penularan pandemik Covid-19.

Sekian.