All News

Lawatan Pematuhan SOP Covid-19 Oleh Pengarah Pusat Kesihatan UUM

Sintok – Pengarah Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia telah mengadakan lawatan pematuhan SOP dalam kalangan staf Jabatan Keselamatan  pada 14 September 2021. Lawatan ini dilakukan ekoran terdapatnya kes positif Covid-19 melibatkan staf keselamatan.

Hasil daripada lawatan tersebut beberapa cadangan dikemukakan oleh Pengarah PKU UUM untuk penambahbaikan SOP di Jabatan Keselamatan. Pihak keselamatan menerima baik teguran dan cadangan yang dikemukakan demi memastikan staf keselamatan terhindar daripada jangkitan Covid-19 semasa di tempat kerja.