All News

Sintok - Majlis Persaraan Lt. Kol. (B) Musa Bin Bari Serta En. Ahmad Supi Ismail Jabatan Keselamatan Tahun 2021

SINTOK-  Satu majlis  telah diadakan sempena persaraan wajib 2 orang  staf  keselamatan  yang telah bersara iaitu Lt. Kol. (B) Musa b. Bari serta en Ahmad Supi Ismail. Majlis yang diadakan secara ringkas adalah bertujuan meraikan staf jabatan keselamatan yang telah berkhidmat dan banyak berjasa kepada Jabatan Keselamatan dan UUM.

Majlis ini telah dihadiri oleh pegawai kanan, ketua unit dan kakitangan pentadbiran Jabatan keselamatan bertempat di bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan kata aluan oleh Pengarah serta ucapan oleh Lt. Kol. (B) Musa b. Bari dan en Ahmad Supi Ismail.

Sebelum majlis berakhir Yang Berusaha Pengarah Keselamatan telah menyampaikan  cenderahati sebagai kenang – kenangan  kepada staf jabatan keselamatan yang telah bersara.

Tamat.