All News

Lawatan Kasih Ihya Ramadhan Ke Rumah Balu Anggota Jabatan Keselamatan Yang Meninggal Dunia Semasa Dalam Perkhidmatan, Tahun 2021

Biar hayat di kandung tanah, jasa anggota kepada Jabatan tetap dikenang.  Baru-baru ini sempena bulan Ramadhan 1442H bersamaan 05 Mei 2021, Jabatan Keselamatan telah mengadakan lawatan kasih sayang bagi menziarahi balu-balu anggota Keselamatan yang telah meninggal dunia semasa berkhidmat dengan Jabatan Keselamatan.  Rumah yang dikunjungi ialah rumah  Allahyarham Kamel Zakariya, Allahyarham Jusoh Ismail, Allahyarham Farid Othman, Allahyarham Amran Ahmad, Allahyarham Shafie Bakar dan Allahyarham Shukri Bakar.

Lawatan ini, diketuai oleh Puan Nur Azimah Abd Rahman, Pegawai Keselamatan yang merupakan Ketua Cawangan Pentadbiran & Cawangan Tugas Khas serta diiringi En Othman Puteh dan Pn. Saliza Ahmad.

Lawatan tersebut diharap dapat mengeratkan ikatan siratulrahim antara keluarga Allahyarham dengan Jabatan Keselamatan. Disamping itu, Jabatan dapat memperolehi berita dan maklumat perkembangan terkini tentang keluarga balu-balu berkenaan. 

Dalam pada itu, Jabatan juga telah menyerahkan barang-barang keperluan seharian berupa hamper makanan yang merupakan hasil wang kutipan daripada staf Jabatan Keselamatan iaitu keja  kes sebanyak RM200.00 kutipan Mac sebanyak RM112.00 kutipan April sebanyak RM94.00 serta sumbangan  persendirian sebanyak RM60.00 sampul raya juga diberikan hasil dari sumbangan peribadi Pengarah Jabatan Keselamatan.  Pengarah juga mengucapkan ribuan terima diatas kerjasama semua anggota dan staf yang sudi menyumbangkan wang didalam Tabung Keselamatan Prihatin bagi menjayakan program ini.

Sebelum lawatan berakhir beliau mengharapkan program seumpama ini akan diteruskan dengan pengisian yang lebih mantap di masa depan sebagai mengenang jasa bakti yang ditaburkan oleh Allahyarham-Allahyarham yang telah pergi di jemput Ilahi.