All News

Kursus “Pemantapan Kepimpinan Dan Penyeliaan Yang Berkesan “

Kursus “Pemantapan Kepimpinan Dan Penyeliaan Yang Berkesan “

Sintok - Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Kursus “Pemantapan Kepimpinan dan Penyeliaan yang Berkesan” pada 11 November 2021 bertempat di Dewan Seminar B, Pusat Konvensyen UUM.  Kursus ini melibatkan seramai 50 anggota ini terdiri daripada pelbagai unit di Jabatan Keselamatan.

Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan jenis-jenis gaya kepimpinan dan penyeliaan yang berkesan serta menghuraikan peranan dan fungsi penyelia, mengenal pasti potensi diri sebagai pemimpin yang cemerlang dan cabaran yang dihadapi oleh penyelia masa kini. Kursus ini juga diadakan sebagai salah satu usaha untuk mencapai matlamat,visi dan misi Jabatan Keselamatan seperti yang telah ditetapkan.

Antara penceramah yang dijemput untuk menjayakan kursus tersebut adalah DSP Chien Chunng Tsaur, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Puan Noorul ‘Adilah Che Hamzah, Kaunselor UUM dan Dr Mua’azam bin Mohamad Pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan UUM.

Semoga kursus ini dapat meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan secara kreatif dan berkesan dan mengenal pasti cabaran penyelia di era pandemik Covid-19 serta strategi menangani cabaran perubahan.