All News

Kursus “Mock Drill” Emergency Response Team (Ert) Uum Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Kursus “Mock Drill” Emergency Response Team (Ert) Uum Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Sintok - Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Kursus “Mock Drill” Emergency Response Team (ERT) UUM, bersama Bomba Bukit Kayu Hitam pada 9 November 2021 bertempat di Dewan Seminar B Pusat Konvensyen dan perkarangan Padang Kawad PALAPES.  Kursus ini dihadiri oleh anggota Keselamatan dan ahli ERT UUM seramai 40 orang.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan aspek keselamatan kebakaran di dalam bangunan termasuk bangunan pejabat dan rumah kediaman yang meliputi perkara-perkara seperti pengenalan kepada bahaya kebakaran, sistem pencegahan kebakaran, teknik memadam kebakaran,teknik menyelamatkan diri dan mangsa semasa kebakaran dan asas pertolongan cemas.

Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal bagi memberi lebih kefahaman kepada semua peserta kursus. Secara keseluruhan, kursus ini dapat membantu anggota keselamatan dan ahli ERT terlibat supaya lebih bersedia untuk menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini dan dapat memberi bantuan yang sewajarnya sekiranya diperlukan. Di akhir kursus, para peserta didedahkan dengan cara-cara menggunakan pili bomba dan cara pemasangan hos yang betul.

Kursus dikendalikan oleh Pegawai Bomba Kanan encik Jamal bin Din, dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bukit Kayu Hitam dan dibantu oleh encik Mazlan bin Ismail, Penolong Pegawai Keselamatan yang mempunyai pengalaman yang luas semasa beliau bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Diharapkan kursus  ini juga dapat membantu anggota keselamatan dan peserta kursus  supaya lebih bersedia untuk menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini dan dapat memberi bantuan yang sewajarnya sekiranya diperlukan.