All News

Lawatan Penanda Aras Bahagian Keselamatan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Ke Jabatan Keselamatan, Universiti Utara Malaysia

Sintok - Pada 22 Disember 2021 (Rabu) Bahagian Keselamatan, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Johor, telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Keselamatan UUM. Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk berbincang, bertukar buah fikiran dan perkongsian amalan kerja terbaik kedua dua pihak bagi penambahbaikan dalam tugas-tugas kawalan keselamatan kampus. Selain itu, lawatan kerja ini juga merupakan usaha untuk menjalinkan dan mewujudkan hubungan baik serta dapat mengenali pegawai dan anggota-anggota diantara kedua-dua organisasi.

Delegasi  ini diketuai Pemangku  Pengarah Keselamatan Universiti Tun Hussein Onn, Encik Fakhrul Annuar b. Mohamed Shukri  5 orang pegawai dan anggota.

Deligasi ini disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan, Lt Kol Mohamad Ezanee bin Yazid serta 3 orang pegawai kanan iaitu ASP/PB Mohd Hanief Omar Zulkifli, INSP/PB Nur Azimah Abdul Rahman serta Pegawai Kanan Jabatan Keselamatan.  Deligasi ini telah dibawa melawat Ajung Tamu, dan amat kagum mengenai sejarah  latarbelakang UUM, landskap dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam Kampus.

Taklimat Keselamatan telah diberikan oleh Pengarah Keselamatan UUM yang menyentuh pelbagai aspek operasi dan pentadbiran.  Perbincangan dua hala berlangsung selama 3 jam dan seterusnya diakhiri  dengan pertukaran cendehati dan jamuan makan tengahari.

Sekian.