All News

Majlis Perpisahan Puan Siti Hajar Aziz Dan Penyerahan Tugas Bagi Pertukaran Pembantu Tadbir, Jabatan Keselamatan

Majlis Perpisahan Puan Siti Hajar Aziz Dan Penyerahan Tugas Bagi Pertukaran Pembantu Tadbir, Jabatan Keselamatan

KESELAMATAN ONLINE : Pada 23 Disember 2020 (Rabu) Jabatan Keselamatan mengadakan majlis perpisahan untuk Puan Siti Hajar Aziz, Pembantu Tadbir N19 yang telah bertukar ke TISSA  berkuatkuasa pada 14 September 2020. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan.  Beliau telah berkhimat di Jabatan Keselamatan selama 13 tahun mulai tahun 2007 sehingga tahun 2020 sebagai Pembantu Tadbir N19 sehingga ditetapkan setahun kemudian.  Tempat beliau telah digantikan oleh Puan Zaireen Azura Zainal Abidin, Pembantu Tadbir N19 dari TISSA.

Dalam perjumpaan tersebut Yang Berusaha Pengarah Keselamatan, Lt. Kol. (B) Hj. Musa Bari mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa bakti Puan Siti Hajr pada Jabatan Keselamatan dan mengalu-alukan kedatangan Puan Zaireen Azura ke Jabatan Keselamatan.  Beliau berharap kedua-dua pegawai berkenaan akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menjalankan tugas seharian di Jabatan baru masing-masing.

Seterusnya Yang Berusaha Pengarah menyampaikan cenderahati  berupa jambangan bunga coklat dan sebuah frame gambar kenangan kepada Puan Siti Hajar. Majlis ditamatkan dengan ucapan perpisahan oleh Puan Siti Hajar dan ucapan selamat datang oleh Puan Zaireen Azura sebelum menikmati jamuan minum petang yang disediakan.

Sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan di adakan sebaik sahaja majlis tamat dengan kehadiran semua pegawai kanan dan staf pentadbiran.