All News

Kursus Peranan Integriti Dalam Konteks Keselamatan

Kursus Peranan Integriti Dalam Konteks Keselamatan

KESELAMATAN ONLINE : Unit Latihan, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia telah mengadakan  Kursus Peranan Integriti Dalam Konteks Keselamatan pada 6 Disember 2020 di Dewan Seminar C, Pusat Konvensyen. Kursus melibatkan seramai 34 orang anggota Jabatan Keselamatan yang belum cukup mata PBU untuk kursus bagi tahun 2020.

Di samping itu kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan peranan integriti di dalam organisasi dan pengoperasian dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan tugas seharian peserta.  Para peserta mengikuti kursus yang di bahagikan kepada tiga sesi bermula pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Secara keseluruhan, kursus ini dapat membantu anggota memahami tugas yang berlandaskan integriti, penampilan diri  serta kualiti yang ada SOP dalam pekerjaan seharian peserta.

Kursus dikendalikan oleh Yang Berusaha Penolong Pendaftar Kanan, Unit Integriti UUM, En. Muzamil Mahmud bagi sesi pertama dengan bertajuk “Integriti Diri”.  Pada sesi kedua para peserta mengikuti kursus yang disampaikan oleh Pegawai Keselamatan Cawangan Pentadbiran & Tugas Khas, Puan Nur Azimah Abdul Rahman untuk memahami pengenalan kualiti serta peranan dalam jabatan keselamatan dengan tajuk “Pengenalan Kualiti.”  Selepas makan tengahari dan solat zohor para peserta kursus menyambung semula sesi ketiga yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Keselamatan, En. Mazlan Ismail dengan tajuk “Ketrampilan Diri Anggota Keselamatan”

Kursus tamat pada jam 5.00 petang selepas sesi bergambar beramai peserta dan penceramah.