All News

Kursus Asas Polis Bantuan  (Inspektor Dan Konstabel) Siri 1/2020 Di Pulapol Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur (20 September – 20 November 2020)

Kursus Asas Polis Bantuan (Inspektor Dan Konstabel) Siri 1/2020 Di Pulapol Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur (20 September – 20 November 2020)

KESELAMATAN ONLINE : Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia untuk kali ke lima telah menghantar seorang Pengawai Keselamatan untuk mengikuti  Latihan Asas Inspektor Polis Bantuan di Pulapol Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur  dari 20 September 2020 sehingga 20 November 2020. Pegawai yang terlibat adalah Puan Nur Azimah binti Abdul Rahman. Beliau merupakan Ketua Cawangan Pentadbiran dan Cawangan Khas Jabatan Keselamatan.

Beliau telah  menamatkan kursus tersebut dengan jayanya. Pelbagai kenangan dan pengalaman yang diperolehi semasa berkursus, bukan sahaja berkawad , menjalani kuliah undang-undang dan peperiksaan tetapi beliau merasakan pengalaman mengendalikan platun apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Komandan serta merasai pengalaman sebagai pelatih polis yang sebenar.

Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan (Inspektor dan Konstabel) Siri 1/2020 pada kali ini di adakan secara tertutup memandangkan negara mematuhi arahan PKP yang telah berkuatkuasa di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan, Lt. Kol. (B) Haji Musa Bari turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga PULAPOL Kuala Lumpur yang terlibat secara langsung dalam menganjurkan Kursus Asas Latihan Polis Bantuan Siri 1/2020.  Beliau mengucapkan tahniah dan syabas walaupun dalam kesukaran kerana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diisytiharkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) program latihan yang  berlangsung dalam musim pandemik Covid-19 ini  dapat ditamatkan dengan jayanya. 

Sebelum ini Latihan Asas Polis Bantuan  telah diikuti oleh 48 orang anggota keselamatan Jabatan ini di beberapa Pusat Latihan Polis di seluruh negara. Inspektor Nur Azimah Abdul Rahman merupakan pegawai perempuan yang pertama mengikuti kursus tersebut di Universiti Utara Malaysia.