All News

 Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2020 Di Pulapol Segamat, Johor (9 Februari 2020 Hingga 11 April 2020)

Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2020 Di Pulapol Segamat, Johor (9 Februari 2020 Hingga 11 April 2020)

KESELAMATAN ONLINE : Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia telah menghantar seramai 3 orang Pengawal Keselamatan untuk mengikuti  Latihan Asas Polis Bantuan di PULAPOL Segamat, Johor mulai 9 Februari 2020 sehingga 11 April 2020.  Semua anggota yang terlibat telah  menamatkan kursus tersebut dengan jayanya.

Tiada Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2020 di adakan. Majlis hanya diadakan secara dalaman memandangkan negara mematuhi arahan PKP yang telah berkuatkuasa di seluruh negara.

Anggota yang terpilih mengikuti kursus yang berlansung selama 63 hari adalah Pembantu Keselamatan Puan Nadia Idrus, Pengawal Keselamatan Puan Wan Norliana Wan Hamid dan Pengawal Keselamatan  Puan Siti Azila Aziz.

Pegawai Kanan Jabatan Keselamatan, Mejar Dr. Azmi Mat  berharap keberkesanan tugas oleh Polis Bantuan di UUM akan mencapai tahap tertinggi dengan pemantapan latihan dari masa kesemasa, serta diberi kuasa-kuasa polis bagi menambah keyakinan mereka semasa bertugas.

Sebelum ini Latihan Asas Polis Bantuan  telah diikuti oleh 45 orang anggota Keselamatan Jabatan ini di beberapa Pusat Latihan Polis di seluruh negara.