All News

Majlis Perpisahan Puan Rodiah Halim Dan Puan Hartini Hanapi Dan Penyerahan Tugas Bagi Pertukaran Penolong Pegawai Tadbir Serta Setiausaha Pejabat, Jabatan Keselamatan

Majlis Perpisahan Puan Rodiah Halim Dan Puan Hartini Hanapi Dan Penyerahan Tugas Bagi Pertukaran Penolong Pegawai Tadbir Serta Setiausaha Pejabat, Jabatan Keselamatan

KESELAMATAN ONLINE : Pada 31 Januari 2021 (Ahad) Jabatan Keselamatan telah mengadakan majlis perpisahan bagi Puan Rodiah Halim, Penolong Pegawai Tadbir (N32) serta Puan Hartini Hanapi, Setiausaha Pejabat (N29) ekoran pertukaran Jabatan berkuatkuasa pada 01 Februari 2021. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan pada jam 2.30 petang.

Puan Rodiah Halim telah berkhidmat di Jabatan Keselamatan selama 8 tahun mulai tahun 2012 sehingga tahun 2021 bertukar ke Unit Integriti, Jabatan Canselori manakala Puan Hartini berkhidmat selama 6 tahun mulai 2014 sehingga tahun 2021,  ke Pusat Pengajian Pendidikan.  Tempat beliau telah digantikan oleh Puan Ku Ainarohaya Ku Aziz,  Pembantu Setiausaha (N19) dari IPQ dan Puan Saliza Ahmad, Pembantu Tadbir (N22) dari IPDM.

Dalam perjumpaan tersebut Yang Berusaha Pengarah Keselamatan, Mejar Mohamad Ezanee b. Yazid mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti Puan Rodiah Halim dan Puan Hartini Hanapi pada Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia dan mengalu-alukan kedatangan Puan Ku Ainarohaya Ku Aziz dan Puan Saliza Ahmad.  Beliau berharap agar pegawai berkenaan akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menjalankan tugas seharian di jabatan baru masing-masing.

Seterusnya Yang Berusaha Pengarah menyampaikan cenderahati  sebuah bingkai cermin tanda kenangan kepada Puan Rodiah Halim dan Puan Hartini Hanapi. Majlis ditamatkan dengan ucapan perpisahan  dan ucapan selamat datang  sebelum menikmati jamuan minum petang yang disediakan.

Sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan diadakan sebaik sahaja majlis tamat dengan kehadiran semua pegawai kanan dan staf pentadbiran..