KESELAMATAN ONLINE: Unit Bravo telah berjaya menganjurkan perlawanan bola jaring campuran di antara Unit-Unit di Jabatan Keselamatan yang telah diadakan secara liga iaitu pemenang berdasarkan pungutan mata terbanyak di Kompleks Sukan, Pusat Sukan UUM pada 10 Oktober 2019 (Khamis). Aktiviti riadah santai ini diadakan mengikut kalendar perancangan tahunan Jabatan Keselamatan yang jatuh pada bulan Oktober 2019.
Antara unit-unit yang terlibat adalah Unit Alfa, Unit Bravo, Unit Charlie, , Unit Trafik/CTK dan Unit Pentadbiran. Perlawanan ini menyaksikan setiap pasukan beraksi dalam 5 perlawanan dengan kutipan mata pasukan yang terbanyak memenangi perlawanan.
Kedudukan markah mengikut unit-unit yang bertanding adalah seperti berikut :
Bil. |
Pasukan/Unit |
Mata |
1. |
Alfa |
5 |
2. |
Bravo |
4 |
3. |
Charlie |
15 |
4. |
Trafik/CCTV |
0 |
5. |
Pentadbiran |
12 |
6. |
CTK |
7 |
Penyertaan dan sokongan daripada staf dan anggota Jabatan amat menggalakkan. Penonton daripada staf UUM juga turut menonton dan memeriahkan pertandingan tersebut.
"Kejayaan menganjurkan perlawanan bolajaring yang selama ini dimonopoli oleh kaum wanita tidak menghalang anggota lelaki jabatan ini untuk sama-sama bermain dengan pemain wanita, malah kesungguhan semua pemain menjayakan perlawanan ini amat dihargai dan disanjung tinggi. Ucapan setinggi tahniah kepada Unit Charlie sebagai Johan dan Naib Johan Cawangan Pentadbiran pada pertandingan kali ini. Semoga perlawanan yang sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang”, ucap Yang Berusaha Pengarah Keselamatan Lt. Kol.(B) Musa Bari.
Perlawanan diadili oleh 2 orang pengadil terlatih Universiti Utara Malaysia iaitu Puan Rohana Ramli dari CETMMA dan Puan Farizana Md Isa dari STML. Kesemua pasukan yang bertanding telah diraikan dengan jamuan makan tengahari selepas perlawanan tersebut tamat pada jam 12.00 tengahari.
Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah pegawai-pegawai kanan, anggota Keselamatan dari semua unit dan staf UUM.
Sekian, terima kasih.
”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
PENGARAH
JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel :