ALUAN PENGARAH JABATAN KESELAMATAN

Diharapkan semua warga UUM akan dapat mengikuti segala perkembangan Jabatan Keselamatan dan dalam masa yang sama menggunakannya sebagai satu saluran yang lebih pantas untuk memberikan pandangan, cadangan dan maklumat secara terus dan tulus berkaitan hal-hal keselamatan. Penyaluran maklumat ini diharapkan akan lebih memberi manfaat dalam usaha  untuk meningkatkan lagi perkhidmatan secara terus kepada warga UUM disamping memelihara keselamatan dan kesejahteraan kampus UUM yang tercinta.

Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada anggota keselamatan agar dapat melibatkan diri dalam semua peringkat tidak kira daripada pengurusan tertinggi mahupun anggota bawahan. Semoga kita semua dapat bekerja sebagai sebuah pasukan untuk melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan agar kita sama-sama mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Mejar Mohamad Ezanee Bin Yazid
Pengarah Keselamatan
Universiti Utara Malaysia

 

Print Email