• Home
  • INFORMASI
  • KESL online
  • LAWATAN KASIH IHYA RAMADHAN KE RUMAH BALU ANGGOTA JABATAN KESELAMATAN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN, TAHUN 2019

MATLAMAT KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS SIRI 2/19 TERCAPAI, ANJURAN JABATAN KESELAMATAN, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KESL ONLINE: Setelah berjaya menganjurkan kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR  Siri 1/19 pada 16 April 2019 (Selasa) bertempat di Bilik Seminar PKU, UUM.  Sekali lagi seramai 60 orang anggota dari Unit Alfa, Delta, lain-lain unit Jabatan Keselamatan dan staf dari Pusat kesihatan UUM telah  mengikuti kursus Asas Pertolongan Cemas Siri 2/19 pada 30 April 2019 Selasa).  Dr Jafri L. Ahmad sekali lagi mengetuai perkongsian ceramah dengan dibantu oleh beberapa orang pegawainya.  Antara kursus yang diberikan adalah teknik CPR, Tercekik/Choking, Dressing/Rawatan Luka, dan Splint/ Bandging.

PK Norfaizul Ishak peserta kursus dari Unit  Delta berkata “peluang mempelajari secara praktikal membuat CPR dengan menggunakan patung amat mencabar kerana patung tersebut berfungsi seperti manusia. Teknik dan tatacara memberi rawatan pertama bukanlah semudah yang disangka, ia perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan sebagai langkah menyelamat nyawa pesakit sehingga ketibaan ambulan atau sebelum diserahkan kepada pihak hospital dan doktor”.  Beliau sangat teruja apabila diberi peluang membuat CPR dengan model patung manusia yang disediakan oleh penganjur.

Yang Berusaha Dr. Jafri L. Ahmad menjelaskan “Objektif Rawatan Awal Kecemasan adalah sebagai pendedahan kepada peserta tentang asas-asas serta teori dan praktis amalan pertolongan cemas yang amat diperlukan dipersekitaran mahupun luar persekitaran hidupan harian. Ianya juga adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai pentingnya tatacara dan peranan pertolongan cemas. Disamping itu untuk menentukan tindakan yang betul diambil bagi memberi rawatan kecemasan dan menangani mangsa yang berada dalam keadaan trauma ketika berlaku kemalangan dan kecemasan”.

Kombinasi ceramah, berserta tayangan slide dan demontrasi praktikal dapat memantapkan pemahaman peserta terhadap topik-topik yang dipelajari. Semua peserta telah di latih ilmu Pertolongan Cemas bagi mengatasi keadaan berlaku sebarang kecemasan.

Melalui kursus ini, adalah di harapkan semua peserta mendapat ilmu asas pertolongan cemas yang berguna untuk keluarga, persekitaran kerja, organisasi dan orang ramai amnya.  Kursus ini adalah penting kepada semua kakitangan UUM dan anggota Jabatan Keselamatan selaku kakitangan yang berkhidmat di Universiti Utara Malaysia yang sering menjadi tumpuan memohon bantuan kecemasan selain daripada PKU.

Di akhir kursus Tuan ASP/PB Mohd Haneif Zulkifli Omar yang mewakili Pengarah Jabatan Keselamatan telah menyampai cenderahati kepada Yang Berusaha Dr. Jafri L. Ahmad  dan disudahi dengan sesi fotografi beramai-ramai dengan peserta kursus.

Program tamat dengan jayanya pada jam 5.00 petang .

Tamat.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.