• Home
  • INFORMASI
  • KESL online
  • LAWATAN KASIH IHYA RAMADHAN KE RUMAH BALU ANGGOTA JABATAN KESELAMATAN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN, TAHUN 2019

GOTONG ROYONG MENGACAU BUBUR LAMBUK JABATAN KESELAMATAN , UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KESL ONLINE : Bagi merapatkan hubungan bersama anggota Jabatan Keselamatan, Universiti Utara Malaysia, Cawangan Pentadbiran telah mengadakan program mengacau bubur lambuk pada 29 Mei 2019( Rabu).

Turut mengambil bahagian adalah Cawangan Pentadbiran,  Cawangan Khas, Unit Trafik & CCTV, Unit Alfa, Unit Bravo, Unit Charlie dan Unit Delta.

Yang Berusaha Pengarah Keselamatan,  Lt. Kol. (B) Hj. Musa Bari berkata, program pertama kali yang diadakan diperkarangan parkir Jabatan adalah merupakan salah satu aktiviti  di bulan Ramadan yang secara rutinnya di buat di Pusat Islam sebelum ini.

Beliau memberitahu, kerja-kerja mengacau bubur lambuk itu dimulakan pada pukul 9 pagi sehingga berjaya menghasilkan kira-kira 200 pek.

"Pek-pek itu kemudian diagih-agihkan kepada semua anggota dan masyarakat kampus," katanya ketika ditemui.

Program mengacau bubur lambuk ini diketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan, Yang Berusaha Lt. Kol. (B) Hj. Musa Bari, di bantu oleh pegawai-pegawai kanan dan anggota Jabatan yang bertungkus lumus dari awal pagi hingga selesai. Sebanyak 2 kawah bubur lambuk dihasilkan dan di edarkan.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kerjasama dan kesepakatan antara anggota, selain menggalakkan amalan bersedekah di kalangan semua anggota Jabatan.

Yang Berusaha Pengarah Keselamatan, Lt. Kol.(B)Haji Musa Bari menyatakan beliau amat menghargai dan berbangga dengan semangat anggota yang terlibat pada kali ini kerana terus memberi kerjasama menjayakan program ini walaupun baru tamat bertugas pada sebelah pagi. Semangat ini akan diteruskan bagi semua aktiviti seperti yang dirancangkan dalam kalendar Jabatan sehingga hujung tahun”, ujarnya.

Gotong royong bersurai pada jam 1.00 petang setelah selesai mengemas peralatan memasak dan pembersihan persekitaran memasak.

Tamat.

 

 

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.