• Home
  • INFORMASI
  • KESL online
  • LAWATAN KASIH IHYA RAMADHAN KE RUMAH BALU ANGGOTA JABATAN KESELAMATAN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN, TAHUN 2019

KESEDERHANAAN SAMBUTAN AIDILFITRI, ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULANAN, PESARAAN STAF MEMERIAHKAN PENGHUJUNG SYAWAL, JABATAN KESELAMATAN TAHUN 2019

KESELAMATAN ONLINE:  Kesederhanan dan kemeriahan akhir Syawal yang jatuh pada 29 Syawal 1440H bersamaan 3 Julai 2019 meninggalkan kenangan buat Jabatan Keselamatan.  Penganjuran Majlis ini melibatkan melibatkan semua unit-unit di Jabatan seperti Cawangan Pentadbiran, Cawangan Logistik , Cawangan Trafik/CCTV/IT, Cawangan Siasatan, Cawangan Operasi termasuk Unit Alfa, Unit Bravo, Unit Charlie, Unit Delta dan Unit Taman Siswa.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang di sampaikan oleh PK Zulkifli Mustaffa daripada Cawangan CCTV sebelum diteruskan dengan Majlis Sambutan Aidilfitri bersama tetamu jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari pelbagai Jabatan UUM, Unit Kebersihan UPSB, Pesara-pesara Jabatan dan semua warga Jabatan Keselamatan.  Pelbagai makanan disediakan dengan menu utama Set Nasi Tomato,  Pulut Kuning, Lontong, Laksa, Nasi Himpit, Lemang, Rendang, Rojak, Roti Jala, berbagai jenis kuih-muih dan buah-buahan hasil kerjasama daripada Kelab Kebajikan KEJAKES, semua Unit-Unit dan orang perseorangan di Jabatan.

Seterusnya Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Berusaha Pengarah Jabatan Keselamatan, Lt. Kol. Hj. Musa Hj. Bari mengalu-alukan semua jemputan yang hadir di antaranya 2 orang mantan Pengarah Keselamatan, Tuan Mejar Mohd Ezanee Yazid dan Tuan DSP/KS Mohd Zulkifli Md Noor  serta Pendaftar UUM Tuan Baharudin Yaacob bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendaftar.

Sebelum majlis berakhir Yang Berusaha Pengarah Keselamatan  menyampaikan Sijil dan cenderahati kepada 12 orang penerima Anugerah Pekerja Contoh Jabatan bagi bulan September 2018, Disember 2018 dan Mac 2019.

Sepanjang majlis berlansung hadirin telah dihiburkan dengan selingan lagu-lagu raya dan 40 cabutan bertuah untuk tetamu jemputan yang hadir dan anggota-anggota Jabatan yang bertuah. Majlis bersurai pada jam 2.00 petang dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Tamat.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424