• Home
  • INFORMASI
  • KESL online
  • LAWATAN KASIH IHYA RAMADHAN KE RUMAH BALU ANGGOTA JABATAN KESELAMATAN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN, TAHUN 2019

PRA KELAYAKAN UJIAN FIZIKAL BAGI JAWATAN PEMBANTU KESELAMATAN KP19 BAGI TAHUN 2019

KESELAMATAN ONLINE:  Baru-baru ini Jabatan Keselamatan telah membantu Jabatan Pendaftar mengendalikan ujian fizikal bagi pengambilan jawatan Pembantu Keselamatan KP19 untuk mengisi kekosongan staf yang telah bersara di Jabatan ini.  Ujian pemeriksaan bagi calon yang layak meliputi ujian mata oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU), ujian pemeriksaan fizikal, gaya berjalan dan ujian kecergasan fizikal yang di ambil oleh Jurulatih bertauliah PDRM dari Kor SUKSIS UUM.

Seramai 29 orang calon hadir pada 17 Jun 2019 di Padang Kawad PALAPES dan 23 orang telah melepasi semua ujian di atas.  Saringan yang dibuat oleh Bahagian Perjawatan Jabatan Pendaftar adalah mengambilkira calon-calon yang mempunyai latarbelakang dan asas bidang Keselamatan. Seterusnya calon-calon yang melepasi Ujian Kecergasan Fizikal menduduki ujian bertulis (ujian saringan Psikologi) PSI yang dikendalikan oleh Pusat Kaunseling dan ujian bertulis Pengetahuan Am yang dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan.

Pengarah Keselamatan, Yang Berusaha Lt. Kol.(B) Hj. Musa bin Hj. Bari menasihatkan para calon supaya menjalani ujian dengan bersungguh-sungguh semasa kunjungan beliau pada awal pagi sebelum ujian dimulakan.  

Sementara itu Puan Nur Azimah Abdul Rahman, Pegawai Keselamatan yang mengetuai Cawangan Pentadbiran dan Cawangan Tugas Khas memberi taklimat kepada semua calon sebelum ujian dimulakan.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua calon-calon yang hadir selepas sesi ujian bertulis berakhir dan semua Ahli Jawatankuasa Pengambilan peringkat Jabatan yang terlibat  membantu menjayakan ujian pra kelayakan ke jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19.

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai dari bahagian perjawatan, Jabatan Pendaftar sebelum sesi ujian di tamatkan pada jam 2.00 petang.

Tamat.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.