• Home
  • INFORMASI
  • KESL online
  • LAWATAN KASIH IHYA RAMADHAN KE RUMAH BALU ANGGOTA JABATAN KESELAMATAN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN, TAHUN 2019

LAWATAN KASIH IHYA RAMADHAN KE RUMAH BALU ANGGOTA JABATAN KESELAMATAN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN, TAHUN 2019

KESL ONLINE : Biar hayat di kandung tanah, jasa anggota kepada Jabatan tetap dikenang.  Baru-baru ini sempena bulan Ramadhan 1440H bersamaan 27 Mei 2019, Jabatan Keselamatan telah mengadakan lawatan kasih sayang bagi menziarahi balu-balu staf Keselamatan yang telah meninggal dunia semasa berkhidmat dengan Jabatan Keselamatan.  Rumah yang dikunjungi ialah rumah balu Allahyarham Kamel Zakariya (Taman Resak, Changlun) iaitu Puan Sarimah Ijab dan balu Allahyarham Jusoh Ismail (Taman Seri Meranti, Changlun) iaitu Puan Sarimah Maisa.

Rombongan siri pertama ini diketuai oleh Puan Nur Azimah Abd Rahman, Pegawai Keselamatan yang merupakan Ketua Cawangan Pentadbiran & Cawangan Tugas Khas.

Sementara bagi siri kedua pula rombongan diketuai oleh  Tuan ASP/PB Mohd Hanief Omar bin Zulkifli yang mewakili Pengarah Keselamatan, mengunjungi rumah balu Allahyarham Farid Othman (Taman Cengal, Changlun) Puan Azila Aziz, balu Allahyarham Amran Ahmad  (Kampung Pulau Pisang, Jitra) Puan Siti Kholijah Ismail dan anak Allahyarham Shafie Bakar (Kampung Salit,Gelong, Jitra) En. Ezham Adam Shafie pada 6 Jun 2019.

Lawatan tersebut diharap dapat mengeratkan ikatan siratulrahim antara keluarga Allahyarham dengan Jabatan Keselamatan. Disamping itu Jabatan dapat memperolehi berita dan maklumat perkembangan terkini tentang keluarga balu-balu berkenaan. 

Dalam kedua-dua siri lawatan ini Jabatan telah menyerahkan barang-barang keperluan seharian seperti beras, minyak, kopi, gula, kurma dan kuih-muih hasil wang kutipan daripada staf Jabatan Keselamatan. Sumbangan wang tunai juga turut diberikan bagi meringankan bebanan perbelanjaan  sebelum Aidilfitri menjelang tiba.  Tuan ASP/PB Mohd Hanief  juga mengucapkan ribuan terima diatas kerjasama semua anggota dan staf yang sudi menyumbangkan wang didalam Tabung Ihya Ramadhan bagi menjayakan program ini.

Sebelum lawatan berakhir beliau mengharapkan program seumpama ini akan diteruskan dengan pengisian yang lebih mantap di masa depan sebagai mengenang jasa bakti yang ditaburkan oleh Allahyarham-Allahyarham yang telah pergi di jemput Ilahi.

Program yang turut di iringi oleh Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan berakhir pada jam 2.00 ptg.

Tamat.

 

 

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Email