• Home
  • INFORMASI
  • KESL online
  • LAWATAN KASIH IHYA RAMADHAN KE RUMAH BALU ANGGOTA JABATAN KESELAMATAN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN, TAHUN 2019

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS SIRI 1/19 ANJURAN JABATAN KESELAMATAN, UNIVERSITI UTARA MALAYSIATU POS UTARA 18 APRIL 2019

KESL ONLINE: Baru-baru ini Jabatan Keselamatan telah berjaya menganjurkan kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR  Siri 1/19 yang berlangsung pada 16 April 2019 (Selasa) bertempat di Bilik Seminar PKU, UUM.  Kursus ini telah di ketuai dan disampaikan oleh Dr Jafri L. Ahmad yang merupakan pegawai perubatan di PKUUUM dengan dibantu oleh beberapa orang pegawainya.  Antara kursus yang diberikan adalah teknik CPR, Tercekik/Choking, Dressing/Rawatan Luka, dan Splint/ Bandging. Seramai 50 orang anggota dan pegawai dari Unit  Charlie, Unit Bravo dan lain-lain Unit Jabatan ini telah menghadiri kursus siri pertama ini.

Dr. Jafri berkata “pertolongan cemas adalah rawatan pertama diberi kepada mangsa/pesakit yang mengalami kemalangan. Ia merupakan  satu usaha awal sebelum ketibaan ambulan dan lain-lain unit kecemasan. Matlamatnya bagi mengelakkan dari kecederaan bertambah buruk, mengurangkan kesakitan dan sebagai langkah menyelamatkan nyawa sebelum diserahkan kepada pihak hospital dan doktor”.

 

Tambahnya lagi “Objektif Asas Pertolongan Cemas Dan CPR ini adalah sebagai pendedahan kepada peserta tentang asas-asas serta teori dan praktis amalan pertolongan cemas yang amat diperlukan dipersekitaran mahupun luar persekitaran hidupan harian. Ianya juga adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai pentingnya tatacara dan peranan pertolongan cemas. Disamping itu untuk menentukan tindakan yang betul diambil bagi memberi rawatan kecemasan dan menangani mangsa yang berada dalam keadaan trauma ketika berlaku kemalangan dan kecemasan”.

Kombinasi ceramah, berserta tayangan slide dan demontrasi praktikal dapat memantapkan pemahaman peserta terhadap topik-topik yang dipelajari. Semua peserta telah di latih ilmu Pertolongan Cemas bagi mengatasi keadaan berlaku sebarang kecemasan.

Contohnya seperti Resustasi Kardiopulimonari (CPR) peserta di tunjukan cara mengunakan kaedah CPR dan di minta membuat CPR sebagai tanda memahami pembelajaran yang ditunjukan.  Begitu juga konsep terseliuh atau patah, sesak nafas dan tercekik peserta di beri tunjuk ajar cara merawat jika berlaku kemalangan tersebut terutamanya berlaku di rumah dan juga cara mengikat kain anduh yang betul.

Melalui kursus ini, adalah di harapkan semua peserta mendapat ilmu asas pertolongan cemas yang berguna untuk keluarga, persekitaran kerja dalam Jabatan, organisasi dan orang ramai amnya.  Kursus ini adalah penting kepada semua kakitangan UUM dan anggota Jabatan Keselamatan selaku kakitangan yang berkhidmat di Universiti Utara Malaysia yang sering menjadi tumpuan memohon bantuan kecemasan selain daripada PKU.

Program tamat dengan jayanya pada jam 5.00 petang.

Tamat.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print