• Home
  • INFO KORPORAT
  • SEJARAH

PENGENALAN DAN SEJARAH

Pengenalan Jabatan Keselamatan
Mula beroperasi pada Jun 1984 di kampus sementara Bandar Baru Darulaman, Jitra, iaitu lebih kurang sebulan sebelum kampus sementara Universiti Utara Malaysia di Bandar Baru Darulaman, Jitra menerima masuk seramai 336 orang pelajar perintisnya. Bermula dengan hanya 2 orang pegawai dan 21 orang anggota, Jabatan Keselamatan kini dianggotai oleh 4 orang pegawai, 13 anggota berpangkat rendah, 61 Pengawal Keselamatan dan 4 orang staf awam.  Majoriti dari mereka adalah bekas pegawai/anggota Pasukan Tentera yang berpengalaman dan Pengarah Keselamatan sendiri adalah bekas pegawai kanan polis berpangkat Penolong Penguasa Polis, ketika itu. Pembesaran jabatan ini adalah selaras dengan peningkatan populasi pelajar yang kini menjangkau angka 20,000 orang. Selain tambahan pegawai dan anggota, Jabatan Keselamatan juga, pada 10 Februari 2004, telah diperuntukkan sebuah bangunan khas sebagai pejabat. Bangunan 2 tingkat yang menelan belanja RM 1.6 juta tersebut terletak di sebelah kiri Pintu Masuk Utama.
 
Mula operasi di Kampus Sintok pada Julai 1990.
 
Kawalan keselamatan 24 jam dan terbahagi kepada 3 giliran:-
*GILIRAN 1  -  2330-0830
*GILIRAN 2  -  0800-1700
*GILIRAN 3  -  1600-0000
Jabatan Keselamatan berpindah ke bangunan baru pada bulan April 2004.
 
                                                                      Mantan Pengarah Jabatan Keselamatan
21 105 3203 3831 4463 5040

Haji Nordin bin Taris 
AMN, KMN
No. Staf:21
Mulai khidmat
23/06/1984 hingga 11/04/2005
Haji Rusly bin Mahmud PPT 
No. Staf:105 
Mulai khidmat
30/08/2005 - 05/09/2006
Supt Abd Rahman bin Khalil
No. Staf: 3203
Mulai khidmat
01/01/2007- 03/08/2009
Mejar (B) Adnan bin Ashaari
No. Staf: 3831
Mulai khidmat
25/10/2009 - 31/12/2011
Supt Abdul Alim bin Ahmad
No. Staf: 4463 
Mulai khidmat
01/01/2012 - 31/01/2014
Supt Abu Bakar bin Chik
No. Staf: 5040 
Mulai khidmat
31/01/2014 - 08/05/2015

 

 

 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Print Email