LAWATAN KERJA BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE JABATAN KESELAMATAN, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KESL ONLINE : Pada 25 Julai 2018 (Rabu) yang lalu, Bahagian Keselamatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Keselamatan UUM. Lawatan kerja ini adalah merupakan rangka lawatan Bahagian Keselamatan UKM ke Jabatan Keselamatan Universiti Awam (UA) di Zon Utara. Ia adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan, perkongsian idea dalam melaksanakan tugas-tugas sekarang dan seterusnya mewujudkan serta menjalinkan hubungan yang erat diantara kedua-dua organisasi keselamatan.

Delegasi ini diketuai oleh Pengarah Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia,  Kapt Hamon Rafiz Abd Hamed (Bersara) melibatkan seramai 26 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota.

Rombongan ini disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan, Mejar Mohamad Ezanee Yazid serta Pengurus Anjung Tamu, Puan H. Rasidah H. Rodzi serta Pegawai Kanan Jabatan Keselamatan. Delegasi dibawa melawat Anjung Tamu UUM dan delegasi amat kagum serta teruja tentang latarbelakang UUM, landskap dan kemudahan-kemudahan yang disediakan terutamanya seperti ruang solat, tandas, ruang menunggu yang selesa serta kedai cenderahati di dalam bangunan Anjung Tamu tersebut.

Seterusnya taklimat Keselamatan telah diberikan oleh Pengarah Keselamatan UUM yang menyentuh pelbagai aspek operasi dan pentadbiran.  Perbincangan dua hala berlangsung selama 2 jam dan ditamatkan dengan pertukaran cenderahati serta jamuan minum petang.

Habis.

 

 

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon : 04-928 3333 / 2416
Faks : 04-928 2424
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print