PAPAN TANDA TUNJUK ARAH

Jabatan Keselamatan menyediakan perkhidmatan papan tanda penunjuk arah bagi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan jabatan di dalam UUM. Setiap jabatan perlulah membuat permohonan dengan menghantar surat kepada Jabatan Keselamatan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum aktiviti tersebut dijalankan. Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, surat hendaklah diperakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dikepilkan bersama-sama aturcara program. Hal ini bagi memudahkan pihak Jabatan Keselamatan mengambil maklum dan untuk tindakan selanjutnya.

Print Email