PELEKAT KENDERAAN

  1. 1.Pelekat Kenderaan Staf

Pemohon dikehendaki mengisi maklumat di dalam portal masing-masing di ruangan kenderaan. Maklumat tersebut hendaklah di cetak dan dibawa semasa untuk mengambil pelekat kenderaan. Bagi kenderaan bukan hak milik, pemohon dipohon untuk mengisi satu borang aku janji bagi tujuan mengelakkan penyalahgunaan pelekat kenderaan. Di samping itu, bagi kenderaan yang pertama kali berdaftar, pemohon dikehendaki untuk melampirkan satu salinan geran bagi memudahkan tindakan dan rujukan pihak keselamatan .

NOTA: Pemohon dikehendaki untuk mematuhi undang-undang jalanraya di dalam kampus tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan semua Perundangan Kecil.

  1. 2.Pelekat Kenderaan Anak Syarikat UUM

             Pemohon dikehendaki mengisi borang hijau yang mana boleh didapati dikaunter Pejabat Keselamatan. Borang tersebut
             perlulah diisi dengan lengkap dan dibawa semasa untuk mengambil pelekat kenderaan.

NOTA: Pemohon dikehendaki untuk mematuhi undang-undang jalanraya di dalam kampus tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan semua Perundangan Kecil.

  1. 3.Pelekat Kenderaan Pelawat / Pekerja Luar

Pemohon dikehendaki mengisi borang biru yang mana boleh didapati dikaunter Pejabat Keselamatan. Borang tersebut perlulah diisi dengan lengkap dan dibawa semasa untuk mengambil pelekat kenderaan. Jika Pertama kali mendaftar kenderaan, pemohon perlu mengemukakan Lesen Memandu, Sijil Insuran dan Kad Pendaftaran bagi tujuan pengesahan Pejabat Keselamatan.

            NOTA: Pemohon dikehendaki untuk mematuhi undang-undang jalanraya di dalam kampus tertakluk di bawah
            Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan semua Perundangan Kecil.

Print Email