Image

LT. KOL. MOHAMAD EZANEE BIN YAZID

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera, selamat datang diucapkan kepada pelawat-pelawat ke Laman Web Jabatan Keselamatan UUM. Tujuan laman web ini dibangunkan adalah sebagai satu pendekatan atau perantara komunikasi yang lebih berkesan dan pantas antara Jabatan Keselamatan dengan warga kampus UUM. Selain itu, ia dapat membantu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan aktiviti Jabatan Keselamatan serta menjadi sumber rujukan utama kepada semua. Jabatan Keselamatan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua perkara berkaitan pengurusan keselamatan bagi memastikan tahap keselamatan kampus terpelihara daripada segala ancaman dan juga mendukung cita-cita Universiti untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Diharapkan semua warga UUM akan dapat mengikuti segala perkembangan Jabatan Keselamatan dan dalam masa yang sama menggunakannya sebagai satu saluran yang lebih pantas untuk memberikan pandangan, cadangan dan maklumat secara terus dan tulus berkaitan hal-hal keselamatan. Penyaluran maklumat ini diharapkan akan lebih memberi manfaat dalam usaha  untuk meningkatkan lagi perkhidmatan secara terus kepada warga UUM disamping memelihara keselamatan dan kesejahteraan kampus UUM yang tercinta.

Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada anggota keselamatan agar dapat melibatkan diri dalam semua peringkat tidak kira daripada pengurusan tertinggi mahupun anggota bawahan. Semoga kita semua dapat bekerja sebagai sebuah pasukan untuk melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan agar kita sama-sama mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada ALLAH SWT.