SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE 211 TAHUN 2018 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUBANG PASU

KESL ONLINE : Pada 25 Mac 2018 (Ahad) baru-baru ini seramai 12 orang anggota Polis Bantuan Universiti Utara Malaysia yang di ketuai oleh ASP PB Mohd Hanief Omar Zulkifli buat pertama kalinya turut menyertai  sambutan Peringatan Hari Polis Ke 211 Tahun 2018 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang di Jitra. 

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 tersebut di adakan di Dataran Kawad IPD Kubang Pasu. Seawal jam 7.30 pagi semua Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan, APR, Pegawai Awam, PERKEP, Media dan jemputan telah mengambil tempat.  Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kawalan kehormatan ke hadapan pentas utama diikuti ketibaan YDH Superintenden Mohd Ismail Bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu bersama Puan Saodah Binti Ali, Pengerusi PERKEP pada jam 8.00 pagi.

Aturcara diteruskan dengan pemeriksaan baris kawalan kehormatan yang terdiri daripada 2 pegawai kanan bersama 33 anggota oleh Ketua Polis Daerah. Seterusnya Nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan Doa, Ikrar dan ucapan amanat dari Ketua Polis Negara telah disampaikan Superintenden Mohd Ismail.  Tema “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada” masih terus diguna pakai seperti tahun sebelumnya. Antara amanat YDH Tan Sri KPN, beliau mahu seluruh anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan anjakan paradigma agar PDRM kekal sebagai institusi penguat kuasa ulung di negara ini dengan menjadikan keselamatan negara dan masyarakat sebagai fokus utama. Beliau juga menegaskan PDRM perlu akur dengan kehendak rakyat dan harapan kerajaan yang mahukan jenayah dihapuskan.

Bagi mereka yang telah memilih kerjaya ini sebagai profesion, mereka sepatutnya telah bersedia untuk memikul tangunggjawab yang diamanahkan dengan komitmen dan akauntabiliti serta integriti yang tinggi.

Majlis diteruskan dengan menganugerahkan sijil-sijil penghargaan kepada pegawai kanan dan anggota-anggota PDRM yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang. Turut menerima sijil penghargaan terdiri daripada Pegawai Polis dan Imigresen Sadou, Thailand, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), orang awam serta warga media yang sentiasa membantu PDRM dalam mencegah kegiatan jenayah. Antara sijil penghargaan yang diberi adalah sijil penghargaan dari Ketua Polis Kedah dan sijil penghargaan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu yang telah disampaikan oleh Superintenden Mohd Ismail.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat dan Sang Saka Biru, persembahan demonstrasi PRU serta acara pemotongan kek hari polis 211 oleh Ketua Polis Daerah.  Seterusnya lawatan ke kiosk pameran dan sesi bergambar.  Hadirin disajikan dengan jamuan makan tengahari dan majlis berakhir jam 12.00 pagi.

==========================

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

JABATAN KESELAMATAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Telefon          :  04-928 3333 / 2416

Fax                 :  04-928 2424

E-Mel             :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print