All News

Jabatan Keselamatan Anjur Kursus Cegah Kebakaran

Jabatan Keselamatan Anjur Kursus Cegah Kebakaran

KESELAMATAN ONLINE : Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Emergency  Response  Team ERT UUM telah berjaya menganjurkan Latihan Pengosongan bangunan  dan Pemadaman Api  pada 4 Februari 2021.

Kursus yang membabitkan seluruh anggota dari pelbagai unit Jabatan Keselamatan telah memberi pendedahan berkaitan SOP pengosogan bangunan apabila berlaku kebakaran dan cara mengendalikan api dengan betul menggunakan alat pemadam api jenis ABC powder.

Antara lain kursus berkenaan menyentuh pengenalan kepada bahaya kebakaran, sistem pencegahan kebakaran, teknik memadam kebakaran,  dan langkah yang perlu bagi  menyelamatkan diri.

Taklimat kursus dikendalikan oleh Tuan Mazlan Ismail, Penolong Pegawai Keselamatan, Cawangan Trafik dan CCTV Jabatan Keselamatan merangkap Setiausaha Jawatankuasa ERT UUM kerana beliau berpengalaman luas sewaktu bertugas di Jabatan Bomba Malaysia.

Latihan dilaksanakan secara teori dan praktikal bagi memberi lebih kefahaman kepada semua anggota serta staf pentadbiran secara keseluruhan.

Taklimat ini juga dapat membantu anggota keselamatan supaya lebih bersedia untuk menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini dan dapat memberi bantuan yang sewajarnya sekiranya diperlukan.