All News

Program Pembangunan Modal Insan Jabatan Keselamatan 2021

Program Pembangunan Modal Insan Jabatan Keselamatan 2021

KESELAMATAN ONLINE : Jabatan Keselamatan UUM dengan kerjasama Pusat Islam UUM telah mengadakan  Program Pembangunan Modal Insan bermula Februari 2021. Program ini akan dilaksanakan  untuk semua warga Jabatan Keselamatan.  Program ini dirangka  untuk melahirkan modal insan yang memiliki sahsiah yang terpuji menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip. Program ini, yang dikendalikan oleh Dr. Haji Mohd Arif Mat Noor,  merupakan Motivator/Kaunselor Pelatih UniSHAM.

Program ini, merupakan program yang julung kali diadakan secara bersiri setiap hari Khamis bermula jam 3.00 petang selama 1 jam anjuran Jabatan Keselamatan kepada anggotanya dengan objektif memberi kefahaman terhadap kepentingan ilmu modal insan kepada diri sendiri, keluarga dan kerjaya. Selain itu, diharapkan program ini  dapat mewujudkan hubungan kemesraan, komunikasi yang berkesan, rasa bertanggungjawab, amanah dan ingin melakukan pekerjaan yang terbaik.

Secara kesimpulannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan anggota. Semoga Program Pembangunan Modal Insan ini akan dapat memberikan impak yang signifikan dalam membangunkan staf Jabatan Keselamatan UUM ke arah sebuah organisasi keselamatan yang cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pengurusan universiti serta stake holder jabatan ini secara amnya.

Tamat.